CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”

K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 14 September 2011

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!


Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam



Monday, 12 September 2011

Musim exam tiba lagi

Assalamualaikum semua. kejap je masa berlaku kan. dah masuk 14 syawal kan. rasa cm semalam je baru umat islam sambut hari raya. suasana hari raya x hilang lagi tapi pada budak-budak skolah rendah yang akan menduduka exam jgan lupa ulang kaji yer. raya2 juga tpi jgn lupa nk study. disini aku nk post doa-doa untuk sapa2 yg akan menduduki exam x lama lagi..



-      Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
 Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

-      Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1.      Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2.      Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3.      Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4.      Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5.      Jika anda terlupa jawapan:
للَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ اَ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
Selamat ulangkaji pada semua pelajar UPSR. pas ni PMR, SPM and STPM. smoga anda boleh jawab exam dgan tenang dan mendapat result yang gempak..aku slalu ingat pesan mak aku. "kkak..klau x boleh jawab exam doa pada Allah. mudah2an Allah memudahkan kita jawab soalan. klau x boleh jawab ingat muka mak ngan abah. Insyallah..mak ngn abah doakan kejayaan kkak. klau x boleh jwab juga tawalkaltu a'lallah. berserah je pada Allah. ingat yer adik2 semua tanpa usaha kita x kan berjaya. denagn usaha yg kita lakukan insyallah kita akan berjaya di dunia dan juga di akhirat. dunia kita dapat, akhirat pn kita dapat. jgn terlalu kejar duniawi je. akhirat x cari lgsung.


mudah-mudahan Allah  permudahkan adik2 smua jawab exam...GOOD LUCK...!!!!!!!!


Saturday, 20 August 2011

Binnabil huda

Assalamualaikum n salam ramadhan 

Hari ni 20 ramadhan 1432H bersamaan 20 Ogos 2011. kejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik lagi 10 hari nak raya n 10 malam terakhir dalam bulan ramdhan. Banyak kelebihan di bulan yang mulia ni. salah satu nyer adanyer malam lailatul qadar. Haaaaaa...pe lagi jom la kita ramai2 rebut peluang nie. Stahun sekali je tau. Orang yang dapat lailatul qadar adalah insan yg bertuah. bukan senang kita nk dapat malam lailatul qadar. Hanya insan yang terpilih je yang Allah beri. Perbanyakan bangun tgah malam, buat solat sunnat. Mudah2 an kita salah sorang insan yang terpilih untuk trima malam lailatul qadar...INSYALLAH....

Tngah godek2 nasyid kat youtube aku terjump satu lagu nasyid ni. Ingatkan x bezzz. sedap juga la..ni tjuk nasyid 2 Binnabil Huda dari kumpulan UNIC. Sejuk je hati bila kita dengar. Dengar byak2 kali pn x jemu. Rasa jiwa tenang je. Bulan puasa ni x boleh dengar lagu2 rock yg boleh melalaikan kita. hukum nyer makhruh. Lagi pn aku tgah bosan kat umah nie. Tak tau nk buat ape.dh tahap bosan la.nk kluar rasa cm nk hujan. baik on9 layan nasyid kat youtube. Buka fb pn x tau nk buat ape ngn fb 2. X de yg mnarik pn dlam fb 2. So..layan je la youtube 2..tetiba rindu myblog. dh lama x update.orang tngah busy le katakan. busy2 gak baju raya dh beli ke cik syazana..?? serius aku ckap aku x de smangat nk raya thun ni. tak tau la knapa. ape pn tak beli lagi. tak buat pape persiapan pn. Slalu nyer aku yg semangat sgt2 nk sambut raya. Bila call mak pagi tdi happy je dgar suara mak tersayang. Bila tnyer adik2 buat pe, mak jawab tgah cat umah..Perrrrgggggg...smangat gila adik2 aku nk raya thun nie. aku je x smngat nk raya. adik aku yg no 2 ingatkan aku balik minggu ni. dia nk bakar ayam. makan ramai2 buka puasa nnti. aku x jdi balik sbb smlam aku keja shif malam (jangan salah sangka yer. bukan keja kilang tau). balik pn dh lewat. Insyallah..mgu depan kkak balik k. Kkak nk tunaikankan permintaan mak ngn abah. Biar ada kelainan ckit raya nie k. Nk tambah lagi semangat raya family.Thun ni fmly aku pakai tema pink meroon. adik2 aku yg lain smua dh ade baju raya. Disebabkan aku x de semangt nak raya so aku x beli lagi. Ntah2 pakai baju raya tahun lepas je..x pe la x kisah pn. Yg bez time raya pn p solat hari raya kat masjid. tiap2 thun aku p solah hari raya. Kat c2 aku boleh jump member2 lama aku. Mengeratkan lagi persahabatan walaupun berjauhan. betul x..????

Happy2 juga, ingat sama tak lama lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita. 10 hari je lagi. kita tak tau lagi ramdhan tahun depan ada dengan kita ke tak. semua 2 ketentuan Illahi. Kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang tentukan semua 2. Bulan ramdhan ni dah 6 thun tok aku meninggalkan aku. Korang bayangkan lagi 5 hari nk raya tok aku di jemput bertemu penciptanya. Betapa sedih hati aku n sedara mara aku yg lain. Raya pn cm x raya je time 2. sedih dengan kehilangan orang yg kita syang. Bulan ramadhan ni byak ajar kita erti kesabaran. Bukan puasa makan n minum je tapi berpuasa segala2 nyer termasuklah cara pemakaian kita. klau slalu pakai seksi2 2 ubah la pakai pakaian yg sopan2 bulan puasa nie. buat ape klau kita puasa tpi  pakai seksi2 juga..hhhmmmm...t kurang pahala nyer 2. Puasa dari segi sabar. jangan nk ikut hati sgt. Bulan Ramadhan ni la paling banyak Allah nk uji kita. Cuba kita bawak bersabar. klau gaduh dengan BF kita ke, sabar je la. Orang yg bersabar ni banyak manfaatnya. Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Banyakkan ganjaran bagi orang yg bersabar ni. Allah dah janji dengan habuan masing2. Klau nk marah 2 cepat2 le istighfar hati jdi tenang. bukan ape orang klau tgah marah ni mcam2 boleh jdi. tambah2 bulan puasa ni, x pasal2 boleh batalkan puasa kita sbb bnda yg kita ckap kita tak pk dulu, main pakai lepas je. ikut sedap mulut je. cukup la stakat nie je. hari pn dh petang. nk siap2kan juadah untuk berbuka nnti. hhmmmm... tak tau nk masak ape hari nie. nk pegi bazar malas la. hhaaaaa.....satu lagi, jaga nafsu makan yerr. jangan ikutkan sangat nafsu makan. berjimat tau. klau pegi bazar 2 beli yg nak je. jangan beli sampai penuh 10 jari. nnti membazir je. membazirkan amalam syaitan..jom kita layan nasyid Binnabil Huda kat bawah nie. Semoga hati kita bertambah tenang :)




Saturday, 25 June 2011

Jadi Orang Penang Plak

Assalamualaikum semua...

Dh lama sya x update my blog. x de masa nk update. nk on fb pn x de masa. ni kan nk update blog plak. bukan ape..al-maklumla sya dh keja skang. so kena keja btul2 la sb nk kumpul duit nk kawin. Oooppppppssssss... terlepas plak. bukan sbb nk kawin la. Sbab nye nk balas jasa ke dua ibubapa saya n angah merangkap ibu kedua sya. Bulan 9 nie adik sya plak smbung study. haaa..msti nk pkai duit kan. ksian abah sya tau. So skang sya plak ambik alih tmpat abah sya mnyara adik sya yg no2 ni. ringan la sikit beban abah sya. betul x. haaaa...ni la kabo nyer. x sempat nk on9. Orang yg bkerja ngan org x bkeja lain tau. Skang ni bukan nk g citer pasal duit tapi pasal sya hdi orang penang plak. sblom ni jdi orang shah alam slama 3 thun. skang ni jdi orang penang plak. x tau la bpe thun kat sini. Alhamdulillah...rezki sya kat Penang. Bermula la hidup sebagai seorang kerjaya Sblom ni hidup sbagai seorg pelajar. Hhhmmmm...susah gak la hidup sbgai seorg kerjaya ni. Nk kena cari umah, bayar duit sewa umah la, bgi duit kt fmly, sara adik2 yang lain, smpai parking pn nk kna bayar. Susah kan hidup berjauhan ngn fmily tpi x la jauh sgt cm shah alam 2. jauh benor shah alam 2. klau naik bas nk ke shah alam boleh lenguh 1 badan. Penang ni dekat ckit la. dlam sejam lebih dh sampai. Naik kreta, tidur kejap jga2 dh smpai Penang. Dh keja ni kna pndai2 la jda diri kan. Mak ngn abah sya slalu pesan " kkak jga diri leklok kat sana. sana bukan tmpat kita. x cm tmpat kita. kkak kna pndai hidup kat tmpat orang. ingat pesan mak ngn abah. nnti2 mak ngn abah p la kat kkak" haaaaa..ni la kan hati seorg ibu. payah nk lepas anak dia p jauh2. yela ibu ngandung kita 9 bulan. skang nk lepas p plak.berat hati mak nk lepas seorang anak.tambah2 ank perempuan.  mr. bucuk sya pn pesan kat sya " kamu kat sna jga diri kamu leklok. ingat pesan abg. abg jauh ngn kamu" hhmmmm....syg jugak ek. ingta dh x ambik tau pasal sya. risau gak yerrr. padan muka, sapa suh bgi sya sakit hati. smpai sya keja pn sya x g tau dia.

Skang ni mslah nk cari umah sewa. Alahaiiiii.....sush benor nk cari umh sewa. klau ada pn mahal sgt2..adooiiiiii....pening kpala pk cari umah. sya baru je mula kerja smggu. susah gk la keja ni. nk kena draf2 la, design la...nama pn design tchnician..dengar pn tkut kan. hari pertama keja dh dapat surat cinta dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang. saman la 2..dh la kna saman, nk balik dari tmpat keja ke umah sedara sesat pulak.ngn cuaca yg panas tambah plak ngn jalan jem n sesat. mau x bengang..sminggu kat penang sminggu la sya sesat nk balik...aiiiiiyyaaaaa....ini mcm boleh demam maaaaa....ini panas x boleh tahan maaaa...sya sakit tekak maaaa...mau balik kmpung maaaa...

k la nk nk siap2 p ronda2 ka bandar penang..nk cari umah sma. sapa mau ikut angkat kaki..huhuhu.....
Daaaaaaaa......

Monday, 13 June 2011

Pengubat rindu saya..

assalamualaikum semua...harap2 korang sihat dan sntiasa di bawah rahmat Allah..hari sekolah bru je mula stelah cuti selama 2 minggu. selama 2 minggu sya x jumpa buah hati kesayangan sya. rindu bangat sama dia. rindu dengan gelagat dia, senyum dia dan yang paling sya rindu sya nk mngusik buah hati sya 2. bez tau.. korang jgn salah sgka yer. buah hati sya bukan mr. bucuk sya. buat pe nk rindu dia. dia x pnah nk rindu sya. dh la, malas nk ckap pasal bucuk tpi nk ckap pasal budak busuk...


Haaaaaa....ni la buah hati sya. comel x.

Si comel ni la buah hati sya. suka sangat usik dia. klau sya usik dia mcam2 sya dengar dia ckap..salah satu perkataan dia ckap nyakmau ( x mau ), nyakleh ( x boleh ) dn mcm2 lgi la..suka dengar dia ckap. Datang2 je pagi tdi my mum trus bwak msuk blik sya. makkk aiiiii...bertambah comel buah hati sya nie. geram je tapi sya x dapat main dengan dia sbb kena pergi tlong angah sya di kampung. Alahai..dah la 2 minggu x jumpa dia, dh ada depan mata x boleh plak nk main dengan budak busuk ni. Nak tau x sebb pe sya pgil dia budak busuk, sbb bila sya ckap 'adik busuk' dia msti ckap 'yeye..' pas 2 gelak. mmg comel la..alamak terlupa nk g tau nma budak busuk ni. nama dia DURATUL ZAHARA. sya panggil dia ZARA. Zara ni anak my mum mengasuh dari pagi sampai la tgah hari. dari umur 3 bulan sampai la umur 1 tahun 5 bulan mk sya jga. x la sunyi sgat umah sya. Yela..adik semua dh besau2. bila smua pegi sekolah tinggal la my mum n my dad sya di umah. Bila dh ada budak comel ni x la sunyi sgt. mk n abah sya sayang sgt si zara ni. dh mcam ank sndiri jerr. 

Tengok je cm 2 tapi garang nyer x terkata. Klau sya pukul dia, dia terkam balik n pukul balik. melawan kot. x boleh marah ckit. klau marah mula la buat muka seposen n ada la lgu yg merdu keluar. Mmg cerdik la budak busuk ni. Pantang dengar nk pegi kedai. Cepat2 dia tunggu depan pintu umah. pe lagi kena la bawak dia. klau x bwak msti kena beli something kat dia. klau x beli mula la dia berguling2 cm tenggiling. letih nk pujuk. Alahai..makin besar mkin cerdik. hari ni dia dtg mcm2 la dia buat (mk sya cakap la). seblom ni x pandai lompat, skang dh pandai lompat. klau tgok tapai mula la dia nk. budak busuk ni pantang tgok tapai. mula la dia merenget2 nk. klau mkan sebungkus x pe. ni x ckup, nk lagi...alahai la budak busuk. X pnah lgi la sya tgok budak umut setahun lebih suka mkan tapai. mungkin sbb mak dia orang kelantan kot. yg abang dia plak x boleh tgok budu..ya allah..pelik2 btul la...k la jom kita layan gmbar budak busuk ni..geram plak tringt dia. rasa cm nk cubit2 je..nk tunggu dia datang esok lmbat la. esok nk bawak dia kuar mkan roti canai. my daddy blanja.....laaayyyyyaaaaaannnnn..........................

Pantang tgok botol air. nk la 2


 Cantik x rambut dia


 Pantang tengok hendphone mula la nk. buka lagu je dia tgud menari tergolek2. klakar btul


Time dia berusia 6 bulan lebih

Gambar dia skang x de lgi. almaklum la skang sya pakai phone cikai. adik sya dh ambik balik phone dia. x kisah la, janji boleh msj kluar msuk n call keluar masuk. nk beli x de duit lagi la. x ckup bajet la..huhuuuuuu..... nnti la sya letak gmbar dia terbaru...fuhhhhhh....comel la.cm saya (prasan je lebih). k la dh lewat, nk tdo dulu.
Rindu mr. bucuk.dia x rindu kita pn.biar la. mlm ni sya nk mimpi naik ke bulan dengan putra idaman...love u syg,,,......nyte semua...............zzzzZZZzzZZZZZzzzzzz...

Monday, 6 June 2011

Jom Layan Prasaan

Dah lama sya x update blog saya..hhhmmmm mlm ni sya nk cakap tentang prasaan.korang msti ada prasaan kn.korg pnah kna tipu ngn someone x.x ksah la boy tipu girl n sebaliknyer.apa prasaan korang klau orang yg korg sayang tipu korg. msti sedih, sakit hati, rasa cm x dihargai n mcam2 la. hhmmm...2 la lelaki, suka sgt mainkan prasaan perempuan. x boleh ke jga hati perempuan. haa mula la ni nk membebel..bukan apa sya pnah alami cm nie.selalu sgt kena tipu. pada si 'dia' yg slalu sgt tipu sya ckup2 la. hati sya ni ckup terseksa kot. alangkah baiknyer jika kita boleh ubah seseorang 2 kan tpi bukan senang nk ubah seseorang 2 kan. sapa le kita nk mngubah seseorang. kita bukannyer da kuasa pn..Hisssshhhh...2 la lelaki, suka sangat hancurkan hati perempuan. klau slalu dh kena tipu sampai bila2 pn perempuan 2 x caya dia. mula la nk cari salah si 'perempuan' 2..cian perempuan kan jdi mangsa keadaan. bila dh thu diri 2 salah buat2 x tau plak.sakit hati kan..kita ni tgu la kot2 nk send msj mntak maaf. x pn. perempuan ni byak sangat bkorban untk laki 2. apa yg dibalasnyer KECURANGAN, PENIPUAN.perempuan x suh gnti ngn wang ringgit juz jga htinya n beri kasih syg.2 je..susah sgt ke nk jga hati perempuan. bila perempuan 2 cari laki lain mula la dia nk naik angin x tentu pasal. mengamuk sana, mngamuk sini. marah perempuan 2. padahal mmg salah dia x pndai jga hati prempuan. bila dh banyak kali laki tipu, mmg sush la kita nk cya dia lgi. kdng2 dia xcdent pn kita ingt dia main2 kn. 2 la padahnyer klau suka sgt tipu prempuan.  knapa yer lelaki suka sangt tipu pasangan nye..??? sya pn x tau pe sbb nye. sbb nk kepuasan diri dia kot or  mmg sgaja nk sakitkan hati pasangan nya. ntah la..no komen..pada laki2 di luar sana jgn la suka tipu pasangan anda.

Pada awak jgn la tipu sya lgi. dh sampai masa awak nk brubah.dh byak kali sya dgr awak nk brubah tpi juz di mulut je.x syg ke hbunagn yg dh lama kita bina bersama. awak x nk tgok kebahagiaan ke. sya rayu pada awak TOLONG jgn tipu sya lgi. ckup2 la awak..jgan sampai 1 hari nnti sya akan membenci awak n awak akn nyesal seumur hidup awak. sya x mntak pape dari awak, 1 je sya mntak 'TOLONG BERUBAH'. sya nk tgok awak yg dulu. alahai sedih la plak mngenang nasib. sampai skang sya mnanti awak call tpi..........awak x pnah nk memahami sya...sya doakan supaya 1 hari nnti awak brubah. sya dh cuba nk jdi yang terbaik. walaupun cinta kita x seteguh nabi muhammad s.a.w dgan siti aisyah tapi sya cuba untuk jdi yang terbaik untuk awak. awak slalu tipu sya. sampai bila awak nk trus tipu sya. bangga sgt ke awak ada RXZ. org lain pkai kreta x bgga pn cm awak. pkai moto je pn. bukan nyer ferrari or mini cooper..bleh gak sya tumpang bgga..ni rxz je. x de pape nk di bangga kan..ubah la diri 2 sblom allah mgubah diri kita. tapi sya sedar sya ni x secantik adik angkat awak, x sepandai mber2 girl awak n x secomel pmpuan di luar sana. pntang je tgok pmpuan dahi luas cepat je cair. lgsung x endah saya. spa la sya ni kan. tempat awak lepas problem je. time awak susah awak cari saya tapi time awak senang awak lupakan sya. npe awak sanggup buat sya cm nie. dh bosan ke hidup ngn sya. awak buat sya cm kain buruk. time nk guna awak cari n guna tapi time awak x nk gna awak buang kain 2.cm jga ngan sya, time awak xprlukan sya awak buang sya ketepi, lgsung x pedulikan sya. npe awak buat sya cm ni. mna jnji2 manis awak time 1st couple dulu, mna awak yg dulu, mna ksih syg awak beri pada sya. tiap2 hari saya terpikr awak byak brubah...dari kes budak 2 smpai skang awak byak tipu sya. sanggup kan awak tipu sya. sedangkan sya x sanggup nk tipu awak tapi awak mmg tergamah..


xpe la awak, sya x harap pape lgi dari awak. klau ada jodoh antra kita ada la tapi sya dh temui lelaki yg betul2 bleh jga sya n hati sya. sya dh x sggup kna tipu ngn awak lagi. sya pn da prasaan. dulu x msj shari x boleh duduk. skang x msj 3 hari bleh duduk sbb dh ada pneman..1 je sya nk pesan awak jaga la orang yg awak syg ngn leklok sblom org yg awak syg akan tinggal awak buat slama2 nyer dan klau awak rasa diri awak 2 ckup smpurna truskan. spa sya untuk tegur n mgubah awak. juz mainan NAK BERUBAH je main di mulut awak. sya mlas nk mbebel, nk msj pnjang2. sya dh penat ngn semua nie. pape pn yg tjadi sya tetap slah, awak x pnah salah. sya pn dh x cya awak jujur sya ckap hati sya terlalu tawar nk trima awak kmbali. smlm sya mimpi awak dh temui cinta sejati awak.klau 2 betul teruskan. sya doakan awak bhgia di samping dia.....


awakk....sya thu sya byak buat silap. salah tapi dh terlambat untuk sya trima awak lgi. hati sya dh hancur.  sya minta maaf...sya harap awak dh jumpa wanita yg boleh jga awak ngn smpurna. sya bukan wanita yg awak idamkan untuk dijadikan isteri, sya bukan wanita yg awak inginkan tapi sya wanita yg awak akan nyesal 1 hari nnti sbb ngn prangai awak yg x nk brubah.


p/s : bezz je tgok psangan cple lain. bhgia je cm x da probleh. indah nyer klau sya jdi cm psangan yg sedg bhagia ngn psangan. xpe la sya redha ngn ktentuan Allah S.W.T. dia yg mnentukan segalanyer, kita juz mrancang..rsa cm nk je kembali ke alam sekolah. form4, 5 bezz sgt2..hhhhmmmmmm....sedih plak, tetiba tringt si dia, dh mkan ke, chat ke x, dh tido ke....lupakan lah. buat pe kita nk ingt kat dia. dia lgsung x pndang kita skang...k la dh lewat, nnti kita smbung lain yer....




teringat kisah dulu2. klau la masa boleh diputar kmbali sya nk sgt putar nyer tpi apakan daya kita x boleh.




Saturday, 21 May 2011

11 Pesanan Ayah


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu. Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini. Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri. Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan. Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya. Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu. Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Friday, 20 May 2011

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku....mak                            
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                              
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak                    
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                      
Bila bangun tidur, aku cari....mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                        
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                            
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                          
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                        
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                  
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                            
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                          
Aku selalu teringatkan ....mak                                
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                            
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak                      
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                            
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                        
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                        
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                        
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                          
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                          
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                      
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak                        
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak            
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                  
Yang selalu berleter kat aku...mak                              
Yang selalu puji aku....mak                                  
Yang selalu nasihat aku....mak                                
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku                            
Bila sedih, aku cari......
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                          
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku                  
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
             
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
......
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s : sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. tanpa ibu, kita x dapat lihat bumi Allah yang indah ini dan tanpa pengorbanan ibu, kita tak kan jadi orang yang berjaya sehingga ke hari ini. terima kasih mak...


Thursday, 28 April 2011

10 Perkara Kalau Lelaki Cakap



1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak    dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya :mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.




*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~

Wednesday, 27 April 2011

...Sahabat, Teman, Rakan, Kawan, ...



Sahabat…
mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…
ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…
aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

*
*
*
*

..sayang korang semua..


p/s : thank 2 nur asilah, siti hawa n nurul aida..kenangan kita slama 3 thun x dpat zana lupa sampai bila2..rasa sedih je nk tinggal korang.bak kata cik sela 10 tahun lagi kita jumpa yerr..

Sunday, 17 April 2011

Birthday My Mum....


*
*
*



Happy Birthday to you...


Happy Birthday to you...


Happy Birthday to my dad and my mum....


Happy Birthday to you...





Happy Birthday to my mum yg ke.... n happy birthday to my dad...kkak sayang mak n abah.kkak sedih sebab tak dapat sambut birthday mak ngn abah..saya orang yg pertama wish birthday mak n abah sya tau tpi x de hadiah nk bagi kat my mum ngn my dad..

Tak pe nnti tunggu kkak balik hujung bulan 4 ni kita sambut ramai2 tau..hhhhmmmm x sabar nk smbut birthday mak dgn abah...

birthday my daddy plak..20.4.19**...nnti kita smbut birthday mak, abah n ulang thun perkawinan mak, abah yang ke 29 tahun..bulan 4 ni bayak tarikh2 penting.x sangka plak ramai jupa birthday sedara-mara saya..mk su, sepupu saya, arwah pak lang saya n ramai lagi la..x sempat den nk kabor nyer..hehe


Semoga mak menjadi seorang isteri yang solehah untuk suami tercinta dan menjadi seorang ibu yang misali kepada anak-anak mak yang tersayang..kkak doakan kebahagian mk dan abah di dunia dan di akhirat.semoga apa yang mak dan abah hajati akan Allah makbulkan..Insyallah...

Tuesday, 5 April 2011

...My Family...

Assalamuaalaikum....

ni first blog sya buat.dh lama sya nk buat blog ni tapi masa x mengizinkan saya..Ok, jom sya perkenalkan seorang2 my family..saya anak first dari 6 adik-bradik..ramai 2..orang cakap adik-bradik ramai nie x best. betul ke incik blog tapi saya suka ada ramai adik-bradik..suka tgok telatah n prangai seorang2..macam2 ragam la dikatakan..Jom kita ce citer...

Saya ada 3 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki..adik sya yg first nama Nurul Syazwanie. dia ni pandai tau.dalam family kitaorg panggil wanie..dia baru je lepas STPM.result dia mmg baik la..klau korg tgok muka di sejibik muka cm sya.cikgu sekolah sya ckap sya ngan dia kembar.smpaikan pkwe sya silap pgil...betul ke..meh kita tgok....



         yg baju oren 2 adik sya n baju putih saya.sama x..korg nilai la yerrr

Adik sya no.2 ni laki.nama nyer Muhammad Ariff..dia baru lepas SPM..adik sya sorg ni dh pandai cari duit sendiri..tiap kali sya balik rumah mesti dia beli ayam seekor n bakar..hhhuuurrrmmmm..sedap betul (tingin plak nk makan ayam bakar)...spatutnya kkak la kna blanja adik, ni terbalik plak.adik yg belanja kkak.al-maklumlah org dh ada duit.handphone ni jgn ckap la bape byak dia ada..yg sya terharu sgt2 dia belikan phone untuk sya..baikkan adik sya sorg ni....

 hhaaaa...ni la dia. kitaorg pgil dia Ayeh..

Adik sya yg no 3 ni perempuan, namanya Nurul Husna. skang dia form 5. nk ambik exam thun nie.cita2 dia nk jdi engineer..adik sya sorg ni plak rajin.dia pandai masak.klau mak n abah saya x da kat umah, dia la jdi tukang masaknye.boleh tahan la sedapnyer..sedara mara saya semua ckap adik sya ni anak mummy (penang mari 2). muka dia x sama ngan muka sya ngan adik sya, wanie. dia ni lain ckit..jom kita tgok, cm anak mummy x...


korg tgok la..nama panggilan dlm family una

Adik sya no 4 ni lelaki..namanya Muhammad Aiman, baru form 3..ambik exam PMR tahun nie..adik sya sorg ni suka kumpul duit sendiri kalau dia nk beli bnda yg dia nk..dia ni jimat ckit..pendiam tpi rajin..klau kat rumah dia la tukang bawak sya kemana2 je saya nk pergi.maklumla sya ni x reti bawak motor.bukan x nk blajar tapi tkut..family saya pgil dia aiman..alaa aiman x kisah...heheee..time dia kecik2 dulu muka dia cm anak jepun.mata sepet tapi skang dh besar.x nmpak dh kejepunan dia 2..


dia sorg je pakai spek sbb suka main game kt laptop sampai mata rosak.2 la al-kisahnya.

Jom kenal adik sya yg bongsu plak..nama dia Nurul Syahirah, baru form 2 tapi kecik je.klau org tgok msti ckap budak sekolah rendah...badan dia kecik je.padan la ngan tuan dia..adik sya sorg ni ada kelebihan time kecik2..lahir2 je dh ada gigi 2 batang.pelik kan incik blog.2 la kuasa Allah S.W.T..dia ni cm adik sya no2.. dia ni mnja ckit (sya pn mnja).nama pn adik bongsukan.msti la mnja..dia ni lincah n byak cakap..kecik2 dh pndai membebel.kdang2 sya pn kna mbebel ngn dia..diam je la..dia ni diam2 ubi berisi tau..korg fikir2 la yer...


sama x ngan husna..adik sya sorg ni garang tau.cm mak sya..

*
*
*
*



restu Allah terletak pada restu kedua2 ibubapa kita

Hhhaaaaa....ni la my mum n my dad..sya syg mak n abah sya..tnpa mereka sya x da di muka bumi Allah nie..terima kasih mak, abah jaga kkak dari kecil smpai skang. jasa mak n abah x dapat di balas ngn wang ringgit..dh 21 thun mak n abah jaga kkak..tq so much..doakan kkak berjaya dalam hidup. jasa mak ngn abah x dapat kkak lupakan smpai bila2..

x lama lgi birthday mak n abah sya n ulang thun perkawinan mk, abah yg ke 29 thun.yg best nye semua bulan 4..bulan 4 la bulan yg sya suka bangat..nk thu apa yg best bulan 4 nie...korg tgu la yer..sya dh x larat nk menaip ni..time 2 sleep... :)

*
*
*

(kemana pulak kesayangan sya pergi nie..x nmpak dari tdi.dh panggil tapi x dtg2 juga...hhhmmmm..dia kuar date kot ngn jiran sebelah...nk thu x pe bnda kesayangan sya 2..nntikan episod yg seterusnya  < ayat x bleh blah >...tgu tauu...)

Ingatlah....!!!!