CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”

K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 17 June 2012

Seharian bersama SI DIA

Semalam (jumaat) my sis msj.."yu, esok x nk pegi mna2 ke..??" hhhmmmm...aku terkelu jp sbb esok (sabtu) aku nk date ngn cik aqim. dh lama x kluar sama2.  Masing2 busy ngn keja masing2... Sorg keja mlm, sorg keja siang.. Jump pn kejap2 je.. haaa...smbung balik criter nyer. Time 2 aku terpikir kejap nk bwak my sis pegi jalan2 mana. Aku bukan nyer tau sgt jalan2 kat penang ni..Stakat jalan pegi n balik keja thu la.. Pk pnyer pk aku ingat nk bawak dia pegi je batu Feringgi. Kira jdi la. dia bwak 2 orang mber dia. Aku ngn mber dia ok je. Boleh gelak2 dh cm mber sndiri. Alaaa...stahun je umo kmi. X yah la nk berkakak2 sgt. 

Mlam 2 my sis msj lagi nk pegi mna. sbb esok 2 (sbtu) dia bosan. x tau nk buat apa sb elektrik kat asrama dia x de. nk on9 pn x bleh. Nk study lagi la dia x nk dlm keadaan panas. So aku ckap kat dia kita pegi batu feringgi la. Dia pk ok..Aku g tau cik aqim nk jlan2 ngn my sis sx. Dia ok je.. Dia x kisah pn jln2 ngn my sis. 

Esok 2 aku bgun aku rasa cm xnk je pegi btu feringgi. Cuaca yg panas boleh membuatkan kulit aku gelap..Owhhhh....xnk2...so aku g tau my sis x jadi la pgi sana. kita pgi rumah P.Ramlee nk x..??? My sis ok je.. Lagi pn aku dh lama sgt tringin nk p rumah 2 pn just x de kesempatan aku nk pegi. Aku call cik aqim suh siap2. Aku pn siap2 n tgu cik aqim dtg umah aku n jemput my sis ngn mber2 dia. Lama jugak la my sis tgu kat USM 2. Ksian plak. Cik aqim drive kreta sb klau aku drive aku bwak slow. Biasa la pemandu berhemah. Lagi pn lesen baru kan..hehe...

Kami trus pegi rumah kelahiran P.Ramlee. Trun2 je dari kreta hati aku rasa sebak semacm je. Aku x tau knapa. Aku rasa cm mmpi je smpai tempat yg aku nk pegi sgt2. Aku ni suka tmpat bersejarah. Aku, cik aqim, my sis n mber2 naik la rumah kelahiran P.Ramlee 2..kecik je umah dia tau. Cntik sgt2. Rumah org dulu cm rumah arwah tok aku. Nnti aku upload gmbar yer. Dh puas bergmbar dlm rumah 2 tiba2 cik aqim pgil aku. dia ckap ada sorg artis dtg. Aku trun tgok..Giler terkejut aku kot. Dengan rasa x malu, my sis minta izin nk bergambar ngn dia. Adik aku ni x malu skit. Ikut dan dia je. Artis 2 aku x knal la sapa nma dia tpi aku knal  muka dia. So kami pn bergmbar la ramai2. Dia x smbong n sgt2 pramah. Suka tgok dia. 

Panat bergambar time to solat. Lepas solat kami pegi mkan kat Padang kota lama. Aku pesan tomyam, my sis, cik aqim n mber2 my sis pesan nasi ayam. Depa pnyer mkanan cepat smpai. Aku nyer mkanan x smpai2. Hampir sejam aku tgu x smpai2. Lapar x terkata kot. Pelik jugak la. Cik aqim dh ksian kat aku. So, dia bgun p tnyer. Tgok2 x buat lagi. Angin 1 badan aku nk mrah. Aku ckap x yah la. Dh x de mood nk mkan. Aku sruh adik aku pegi jalan dulu. Aku nk mkan jp.Lapar sgt2. Last2 x jdi mkan n aku p kat adik aku. Bergambar lagi. Ksian cik aqim kena dera ngn my sis. 

Penan x terkata. Pkul 5.30 gerak balik sbb mlm  dia ada futsall. Aku tgok muka cik aqim letih sgt2. Aku kesian dia. Aku nk drive dia x bagi. Trus hntar adik aku balik asrama dia. Dia pn penat tapi sronok sgt2. Thanks cik aqim sbb sudi bawak zana, my sis n mber dia jalan2. Sronok sgt2. Bukan slalu aku nk kuar ramai2 cm nie. Dh sthun dduk penang baru skang nk jalan2 ngn adik. 16 JUN 2012 tarikh paling aku suka. Dapt kuar sama2 ngn cik aqim. Sharian dgn dia. Happy sgt2. Pada MOHAMAD HAQQIM thank you very much sbb sudi luangkan msa ngn zana. Mlm 2 zana dh teman aqim main futsal kn tapi dalam hati je. x kisah la jnji zana taman dari jauh.  Smpai sini je cerita CIK PELANGi ngn SI DIA... Cik pelangi rindu Si Dia sgt2...

Ni antara gmbar2 yg aku suka sgt2...jom layan jap... :p


Rumah kelahiran P.Ramlee. Cntik kan

Haaaa... ni la artis yg aku ckap 2. Aku x ingt la nama dia. Sgt2 peramah orang nyer

Kat Padang kota. Thanks to my sis tlong ambik pic ni yer


Dh x de keja jdi cm ni la

Suka sgt pic ni

Aku, cik aqim, my sis, mber my sis (zati n una)

Tersama gaya la. X prasan tersama

Tak ingat la pe nama meriam ni..lupa

Cik pelangi tgu incik pelangi


Zati n una, mber my sis. Bakal jdi cikgu


Padang Kota


Smpai sini je. Byak lagi gmbar nk upload tpi x larat nk upload kan. Hari dh lewat, aku nk siap2 balik rumah sewa aku. Ksian my sis aku nk study x boleh, nk on9 x boleh..kkak dia mai kacau dia. Pape pm semalam aku rasa happy sgt2... 

loading...



loading...


loading...



loading...


loading...





loading....

Gambr yg paling aku suka sgt2. Sangt2 romantik.  
Cik Aqim & Cik zana .Love you so much. Insyallah sayang, cinta kita akan smpai hingga hujung nyawa kita. Tak sangka baju kita pakai sama kaler. Kita x berjanji nk pakai sama. Pe aqim rasa, zana pn rasa..

...Doakan kebahagiaan kami berdua...

<3




Sunday 29 January 2012

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah S.A.W : " Barangsiapayang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan."

1) Bismillahirrahmanirrahim
    Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulillah
    Tiap kali habis melakukan sesuatu.

3) Astaghfirullah
    Jika tersilap mengata sesuatu yang buruk.

4) InsyaAllah
    Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5) Lahaulawalaquawwataillabillah
    Apabila tak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6) Innalillah
    Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7) Laailaahaillahallah
    Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-mogakita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah...InsyaAllah....

Saturday 29 October 2011

Pengubat Hati yang Terluka


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Wednesday 14 September 2011

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!


Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam



Monday 12 September 2011

Musim exam tiba lagi

Assalamualaikum semua. kejap je masa berlaku kan. dah masuk 14 syawal kan. rasa cm semalam je baru umat islam sambut hari raya. suasana hari raya x hilang lagi tapi pada budak-budak skolah rendah yang akan menduduka exam jgan lupa ulang kaji yer. raya2 juga tpi jgn lupa nk study. disini aku nk post doa-doa untuk sapa2 yg akan menduduki exam x lama lagi..



-      Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
 Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

-      Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1.      Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2.      Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3.      Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4.      Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5.      Jika anda terlupa jawapan:
للَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ اَ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
Selamat ulangkaji pada semua pelajar UPSR. pas ni PMR, SPM and STPM. smoga anda boleh jawab exam dgan tenang dan mendapat result yang gempak..aku slalu ingat pesan mak aku. "kkak..klau x boleh jawab exam doa pada Allah. mudah2an Allah memudahkan kita jawab soalan. klau x boleh jawab ingat muka mak ngan abah. Insyallah..mak ngn abah doakan kejayaan kkak. klau x boleh jwab juga tawalkaltu a'lallah. berserah je pada Allah. ingat yer adik2 semua tanpa usaha kita x kan berjaya. denagn usaha yg kita lakukan insyallah kita akan berjaya di dunia dan juga di akhirat. dunia kita dapat, akhirat pn kita dapat. jgn terlalu kejar duniawi je. akhirat x cari lgsung.


mudah-mudahan Allah  permudahkan adik2 smua jawab exam...GOOD LUCK...!!!!!!!!


Saturday 20 August 2011

Binnabil huda

Assalamualaikum n salam ramadhan 

Hari ni 20 ramadhan 1432H bersamaan 20 Ogos 2011. kejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik lagi 10 hari nak raya n 10 malam terakhir dalam bulan ramdhan. Banyak kelebihan di bulan yang mulia ni. salah satu nyer adanyer malam lailatul qadar. Haaaaaa...pe lagi jom la kita ramai2 rebut peluang nie. Stahun sekali je tau. Orang yang dapat lailatul qadar adalah insan yg bertuah. bukan senang kita nk dapat malam lailatul qadar. Hanya insan yang terpilih je yang Allah beri. Perbanyakan bangun tgah malam, buat solat sunnat. Mudah2 an kita salah sorang insan yang terpilih untuk trima malam lailatul qadar...INSYALLAH....

Tngah godek2 nasyid kat youtube aku terjump satu lagu nasyid ni. Ingatkan x bezzz. sedap juga la..ni tjuk nasyid 2 Binnabil Huda dari kumpulan UNIC. Sejuk je hati bila kita dengar. Dengar byak2 kali pn x jemu. Rasa jiwa tenang je. Bulan puasa ni x boleh dengar lagu2 rock yg boleh melalaikan kita. hukum nyer makhruh. Lagi pn aku tgah bosan kat umah nie. Tak tau nk buat ape.dh tahap bosan la.nk kluar rasa cm nk hujan. baik on9 layan nasyid kat youtube. Buka fb pn x tau nk buat ape ngn fb 2. X de yg mnarik pn dlam fb 2. So..layan je la youtube 2..tetiba rindu myblog. dh lama x update.orang tngah busy le katakan. busy2 gak baju raya dh beli ke cik syazana..?? serius aku ckap aku x de smangat nk raya thun ni. tak tau la knapa. ape pn tak beli lagi. tak buat pape persiapan pn. Slalu nyer aku yg semangat sgt2 nk sambut raya. Bila call mak pagi tdi happy je dgar suara mak tersayang. Bila tnyer adik2 buat pe, mak jawab tgah cat umah..Perrrrgggggg...smangat gila adik2 aku nk raya thun nie. aku je x smngat nk raya. adik aku yg no 2 ingatkan aku balik minggu ni. dia nk bakar ayam. makan ramai2 buka puasa nnti. aku x jdi balik sbb smlam aku keja shif malam (jangan salah sangka yer. bukan keja kilang tau). balik pn dh lewat. Insyallah..mgu depan kkak balik k. Kkak nk tunaikankan permintaan mak ngn abah. Biar ada kelainan ckit raya nie k. Nk tambah lagi semangat raya family.Thun ni fmly aku pakai tema pink meroon. adik2 aku yg lain smua dh ade baju raya. Disebabkan aku x de semangt nak raya so aku x beli lagi. Ntah2 pakai baju raya tahun lepas je..x pe la x kisah pn. Yg bez time raya pn p solat hari raya kat masjid. tiap2 thun aku p solah hari raya. Kat c2 aku boleh jump member2 lama aku. Mengeratkan lagi persahabatan walaupun berjauhan. betul x..????

Happy2 juga, ingat sama tak lama lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita. 10 hari je lagi. kita tak tau lagi ramdhan tahun depan ada dengan kita ke tak. semua 2 ketentuan Illahi. Kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang tentukan semua 2. Bulan ramdhan ni dah 6 thun tok aku meninggalkan aku. Korang bayangkan lagi 5 hari nk raya tok aku di jemput bertemu penciptanya. Betapa sedih hati aku n sedara mara aku yg lain. Raya pn cm x raya je time 2. sedih dengan kehilangan orang yg kita syang. Bulan ramadhan ni byak ajar kita erti kesabaran. Bukan puasa makan n minum je tapi berpuasa segala2 nyer termasuklah cara pemakaian kita. klau slalu pakai seksi2 2 ubah la pakai pakaian yg sopan2 bulan puasa nie. buat ape klau kita puasa tpi  pakai seksi2 juga..hhhmmmm...t kurang pahala nyer 2. Puasa dari segi sabar. jangan nk ikut hati sgt. Bulan Ramadhan ni la paling banyak Allah nk uji kita. Cuba kita bawak bersabar. klau gaduh dengan BF kita ke, sabar je la. Orang yg bersabar ni banyak manfaatnya. Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Banyakkan ganjaran bagi orang yg bersabar ni. Allah dah janji dengan habuan masing2. Klau nk marah 2 cepat2 le istighfar hati jdi tenang. bukan ape orang klau tgah marah ni mcam2 boleh jdi. tambah2 bulan puasa ni, x pasal2 boleh batalkan puasa kita sbb bnda yg kita ckap kita tak pk dulu, main pakai lepas je. ikut sedap mulut je. cukup la stakat nie je. hari pn dh petang. nk siap2kan juadah untuk berbuka nnti. hhmmmm... tak tau nk masak ape hari nie. nk pegi bazar malas la. hhaaaaa.....satu lagi, jaga nafsu makan yerr. jangan ikutkan sangat nafsu makan. berjimat tau. klau pegi bazar 2 beli yg nak je. jangan beli sampai penuh 10 jari. nnti membazir je. membazirkan amalam syaitan..jom kita layan nasyid Binnabil Huda kat bawah nie. Semoga hati kita bertambah tenang :)




Saturday 25 June 2011

Jadi Orang Penang Plak

Assalamualaikum semua...

Dh lama sya x update my blog. x de masa nk update. nk on fb pn x de masa. ni kan nk update blog plak. bukan ape..al-maklumla sya dh keja skang. so kena keja btul2 la sb nk kumpul duit nk kawin. Oooppppppssssss... terlepas plak. bukan sbb nk kawin la. Sbab nye nk balas jasa ke dua ibubapa saya n angah merangkap ibu kedua sya. Bulan 9 nie adik sya plak smbung study. haaa..msti nk pkai duit kan. ksian abah sya tau. So skang sya plak ambik alih tmpat abah sya mnyara adik sya yg no2 ni. ringan la sikit beban abah sya. betul x. haaaa...ni la kabo nyer. x sempat nk on9. Orang yg bkerja ngan org x bkeja lain tau. Skang ni bukan nk g citer pasal duit tapi pasal sya hdi orang penang plak. sblom ni jdi orang shah alam slama 3 thun. skang ni jdi orang penang plak. x tau la bpe thun kat sini. Alhamdulillah...rezki sya kat Penang. Bermula la hidup sebagai seorang kerjaya Sblom ni hidup sbagai seorg pelajar. Hhhmmmm...susah gak la hidup sbgai seorg kerjaya ni. Nk kena cari umah, bayar duit sewa umah la, bgi duit kt fmly, sara adik2 yang lain, smpai parking pn nk kna bayar. Susah kan hidup berjauhan ngn fmily tpi x la jauh sgt cm shah alam 2. jauh benor shah alam 2. klau naik bas nk ke shah alam boleh lenguh 1 badan. Penang ni dekat ckit la. dlam sejam lebih dh sampai. Naik kreta, tidur kejap jga2 dh smpai Penang. Dh keja ni kna pndai2 la jda diri kan. Mak ngn abah sya slalu pesan " kkak jga diri leklok kat sana. sana bukan tmpat kita. x cm tmpat kita. kkak kna pndai hidup kat tmpat orang. ingat pesan mak ngn abah. nnti2 mak ngn abah p la kat kkak" haaaaa..ni la kan hati seorg ibu. payah nk lepas anak dia p jauh2. yela ibu ngandung kita 9 bulan. skang nk lepas p plak.berat hati mak nk lepas seorang anak.tambah2 ank perempuan.  mr. bucuk sya pn pesan kat sya " kamu kat sna jga diri kamu leklok. ingat pesan abg. abg jauh ngn kamu" hhmmmm....syg jugak ek. ingta dh x ambik tau pasal sya. risau gak yerrr. padan muka, sapa suh bgi sya sakit hati. smpai sya keja pn sya x g tau dia.

Skang ni mslah nk cari umah sewa. Alahaiiiii.....sush benor nk cari umh sewa. klau ada pn mahal sgt2..adooiiiiii....pening kpala pk cari umah. sya baru je mula kerja smggu. susah gk la keja ni. nk kena draf2 la, design la...nama pn design tchnician..dengar pn tkut kan. hari pertama keja dh dapat surat cinta dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang. saman la 2..dh la kna saman, nk balik dari tmpat keja ke umah sedara sesat pulak.ngn cuaca yg panas tambah plak ngn jalan jem n sesat. mau x bengang..sminggu kat penang sminggu la sya sesat nk balik...aiiiiiyyaaaaa....ini mcm boleh demam maaaaa....ini panas x boleh tahan maaaa...sya sakit tekak maaaa...mau balik kmpung maaaa...

k la nk nk siap2 p ronda2 ka bandar penang..nk cari umah sma. sapa mau ikut angkat kaki..huhuhu.....
Daaaaaaaa......

Monday 13 June 2011

Pengubat rindu saya..

assalamualaikum semua...harap2 korang sihat dan sntiasa di bawah rahmat Allah..hari sekolah bru je mula stelah cuti selama 2 minggu. selama 2 minggu sya x jumpa buah hati kesayangan sya. rindu bangat sama dia. rindu dengan gelagat dia, senyum dia dan yang paling sya rindu sya nk mngusik buah hati sya 2. bez tau.. korang jgn salah sgka yer. buah hati sya bukan mr. bucuk sya. buat pe nk rindu dia. dia x pnah nk rindu sya. dh la, malas nk ckap pasal bucuk tpi nk ckap pasal budak busuk...


Haaaaaa....ni la buah hati sya. comel x.

Si comel ni la buah hati sya. suka sangat usik dia. klau sya usik dia mcam2 sya dengar dia ckap..salah satu perkataan dia ckap nyakmau ( x mau ), nyakleh ( x boleh ) dn mcm2 lgi la..suka dengar dia ckap. Datang2 je pagi tdi my mum trus bwak msuk blik sya. makkk aiiiii...bertambah comel buah hati sya nie. geram je tapi sya x dapat main dengan dia sbb kena pergi tlong angah sya di kampung. Alahai..dah la 2 minggu x jumpa dia, dh ada depan mata x boleh plak nk main dengan budak busuk ni. Nak tau x sebb pe sya pgil dia budak busuk, sbb bila sya ckap 'adik busuk' dia msti ckap 'yeye..' pas 2 gelak. mmg comel la..alamak terlupa nk g tau nma budak busuk ni. nama dia DURATUL ZAHARA. sya panggil dia ZARA. Zara ni anak my mum mengasuh dari pagi sampai la tgah hari. dari umur 3 bulan sampai la umur 1 tahun 5 bulan mk sya jga. x la sunyi sgat umah sya. Yela..adik semua dh besau2. bila smua pegi sekolah tinggal la my mum n my dad sya di umah. Bila dh ada budak comel ni x la sunyi sgt. mk n abah sya sayang sgt si zara ni. dh mcam ank sndiri jerr. 

Tengok je cm 2 tapi garang nyer x terkata. Klau sya pukul dia, dia terkam balik n pukul balik. melawan kot. x boleh marah ckit. klau marah mula la buat muka seposen n ada la lgu yg merdu keluar. Mmg cerdik la budak busuk ni. Pantang dengar nk pegi kedai. Cepat2 dia tunggu depan pintu umah. pe lagi kena la bawak dia. klau x bwak msti kena beli something kat dia. klau x beli mula la dia berguling2 cm tenggiling. letih nk pujuk. Alahai..makin besar mkin cerdik. hari ni dia dtg mcm2 la dia buat (mk sya cakap la). seblom ni x pandai lompat, skang dh pandai lompat. klau tgok tapai mula la dia nk. budak busuk ni pantang tgok tapai. mula la dia merenget2 nk. klau mkan sebungkus x pe. ni x ckup, nk lagi...alahai la budak busuk. X pnah lgi la sya tgok budak umut setahun lebih suka mkan tapai. mungkin sbb mak dia orang kelantan kot. yg abang dia plak x boleh tgok budu..ya allah..pelik2 btul la...k la jom kita layan gmbar budak busuk ni..geram plak tringt dia. rasa cm nk cubit2 je..nk tunggu dia datang esok lmbat la. esok nk bawak dia kuar mkan roti canai. my daddy blanja.....laaayyyyyaaaaaannnnn..........................

Pantang tgok botol air. nk la 2


 Cantik x rambut dia


 Pantang tengok hendphone mula la nk. buka lagu je dia tgud menari tergolek2. klakar btul


Time dia berusia 6 bulan lebih

Gambar dia skang x de lgi. almaklum la skang sya pakai phone cikai. adik sya dh ambik balik phone dia. x kisah la, janji boleh msj kluar msuk n call keluar masuk. nk beli x de duit lagi la. x ckup bajet la..huhuuuuuu..... nnti la sya letak gmbar dia terbaru...fuhhhhhh....comel la.cm saya (prasan je lebih). k la dh lewat, nk tdo dulu.
Rindu mr. bucuk.dia x rindu kita pn.biar la. mlm ni sya nk mimpi naik ke bulan dengan putra idaman...love u syg,,,......nyte semua...............zzzzZZZzzZZZZZzzzzzz...

Monday 6 June 2011

Jom Layan Prasaan

Dah lama sya x update blog saya..hhhmmmm mlm ni sya nk cakap tentang prasaan.korang msti ada prasaan kn.korg pnah kna tipu ngn someone x.x ksah la boy tipu girl n sebaliknyer.apa prasaan korang klau orang yg korg sayang tipu korg. msti sedih, sakit hati, rasa cm x dihargai n mcam2 la. hhmmm...2 la lelaki, suka sgt mainkan prasaan perempuan. x boleh ke jga hati perempuan. haa mula la ni nk membebel..bukan apa sya pnah alami cm nie.selalu sgt kena tipu. pada si 'dia' yg slalu sgt tipu sya ckup2 la. hati sya ni ckup terseksa kot. alangkah baiknyer jika kita boleh ubah seseorang 2 kan tpi bukan senang nk ubah seseorang 2 kan. sapa le kita nk mngubah seseorang. kita bukannyer da kuasa pn..Hisssshhhh...2 la lelaki, suka sangat hancurkan hati perempuan. klau slalu dh kena tipu sampai bila2 pn perempuan 2 x caya dia. mula la nk cari salah si 'perempuan' 2..cian perempuan kan jdi mangsa keadaan. bila dh thu diri 2 salah buat2 x tau plak.sakit hati kan..kita ni tgu la kot2 nk send msj mntak maaf. x pn. perempuan ni byak sangat bkorban untk laki 2. apa yg dibalasnyer KECURANGAN, PENIPUAN.perempuan x suh gnti ngn wang ringgit juz jga htinya n beri kasih syg.2 je..susah sgt ke nk jga hati perempuan. bila perempuan 2 cari laki lain mula la dia nk naik angin x tentu pasal. mengamuk sana, mngamuk sini. marah perempuan 2. padahal mmg salah dia x pndai jga hati prempuan. bila dh banyak kali laki tipu, mmg sush la kita nk cya dia lgi. kdng2 dia xcdent pn kita ingt dia main2 kn. 2 la padahnyer klau suka sgt tipu prempuan.  knapa yer lelaki suka sangt tipu pasangan nye..??? sya pn x tau pe sbb nye. sbb nk kepuasan diri dia kot or  mmg sgaja nk sakitkan hati pasangan nya. ntah la..no komen..pada laki2 di luar sana jgn la suka tipu pasangan anda.

Pada awak jgn la tipu sya lgi. dh sampai masa awak nk brubah.dh byak kali sya dgr awak nk brubah tpi juz di mulut je.x syg ke hbunagn yg dh lama kita bina bersama. awak x nk tgok kebahagiaan ke. sya rayu pada awak TOLONG jgn tipu sya lgi. ckup2 la awak..jgan sampai 1 hari nnti sya akan membenci awak n awak akn nyesal seumur hidup awak. sya x mntak pape dari awak, 1 je sya mntak 'TOLONG BERUBAH'. sya nk tgok awak yg dulu. alahai sedih la plak mngenang nasib. sampai skang sya mnanti awak call tpi..........awak x pnah nk memahami sya...sya doakan supaya 1 hari nnti awak brubah. sya dh cuba nk jdi yang terbaik. walaupun cinta kita x seteguh nabi muhammad s.a.w dgan siti aisyah tapi sya cuba untuk jdi yang terbaik untuk awak. awak slalu tipu sya. sampai bila awak nk trus tipu sya. bangga sgt ke awak ada RXZ. org lain pkai kreta x bgga pn cm awak. pkai moto je pn. bukan nyer ferrari or mini cooper..bleh gak sya tumpang bgga..ni rxz je. x de pape nk di bangga kan..ubah la diri 2 sblom allah mgubah diri kita. tapi sya sedar sya ni x secantik adik angkat awak, x sepandai mber2 girl awak n x secomel pmpuan di luar sana. pntang je tgok pmpuan dahi luas cepat je cair. lgsung x endah saya. spa la sya ni kan. tempat awak lepas problem je. time awak susah awak cari saya tapi time awak senang awak lupakan sya. npe awak sanggup buat sya cm nie. dh bosan ke hidup ngn sya. awak buat sya cm kain buruk. time nk guna awak cari n guna tapi time awak x nk gna awak buang kain 2.cm jga ngan sya, time awak xprlukan sya awak buang sya ketepi, lgsung x pedulikan sya. npe awak buat sya cm ni. mna jnji2 manis awak time 1st couple dulu, mna awak yg dulu, mna ksih syg awak beri pada sya. tiap2 hari saya terpikr awak byak brubah...dari kes budak 2 smpai skang awak byak tipu sya. sanggup kan awak tipu sya. sedangkan sya x sanggup nk tipu awak tapi awak mmg tergamah..


xpe la awak, sya x harap pape lgi dari awak. klau ada jodoh antra kita ada la tapi sya dh temui lelaki yg betul2 bleh jga sya n hati sya. sya dh x sggup kna tipu ngn awak lagi. sya pn da prasaan. dulu x msj shari x boleh duduk. skang x msj 3 hari bleh duduk sbb dh ada pneman..1 je sya nk pesan awak jaga la orang yg awak syg ngn leklok sblom org yg awak syg akan tinggal awak buat slama2 nyer dan klau awak rasa diri awak 2 ckup smpurna truskan. spa sya untuk tegur n mgubah awak. juz mainan NAK BERUBAH je main di mulut awak. sya mlas nk mbebel, nk msj pnjang2. sya dh penat ngn semua nie. pape pn yg tjadi sya tetap slah, awak x pnah salah. sya pn dh x cya awak jujur sya ckap hati sya terlalu tawar nk trima awak kmbali. smlm sya mimpi awak dh temui cinta sejati awak.klau 2 betul teruskan. sya doakan awak bhgia di samping dia.....


awakk....sya thu sya byak buat silap. salah tapi dh terlambat untuk sya trima awak lgi. hati sya dh hancur.  sya minta maaf...sya harap awak dh jumpa wanita yg boleh jga awak ngn smpurna. sya bukan wanita yg awak idamkan untuk dijadikan isteri, sya bukan wanita yg awak inginkan tapi sya wanita yg awak akan nyesal 1 hari nnti sbb ngn prangai awak yg x nk brubah.


p/s : bezz je tgok psangan cple lain. bhgia je cm x da probleh. indah nyer klau sya jdi cm psangan yg sedg bhagia ngn psangan. xpe la sya redha ngn ktentuan Allah S.W.T. dia yg mnentukan segalanyer, kita juz mrancang..rsa cm nk je kembali ke alam sekolah. form4, 5 bezz sgt2..hhhhmmmmmm....sedih plak, tetiba tringt si dia, dh mkan ke, chat ke x, dh tido ke....lupakan lah. buat pe kita nk ingt kat dia. dia lgsung x pndang kita skang...k la dh lewat, nnti kita smbung lain yer....




teringat kisah dulu2. klau la masa boleh diputar kmbali sya nk sgt putar nyer tpi apakan daya kita x boleh.




Saturday 21 May 2011

11 Pesanan Ayah


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu. Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini. Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri. Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan. Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya. Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu. Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Ingatlah....!!!!